KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada Jumaat memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga agensi berkaitan pelancongan dan umrah bagi pembudayaan pemakaian batik khususnya bagi jemaah umrah Malaysia dalam usaha mempromosi produk tekstil batik ke luar negara.
Tiga agensi berkenaan ialah Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Pelancongan (Papuh), Persatuan Syarikat Pengendali Pelancongan Bumiputera (Bumitra) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan (MATTA).
Memorandum itu ditandatangani Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan 'Ainu Sham Ramli mewakili agensi itu, manakala Papuh diwakili Timbalan Setiausahanya Datuk Prof Dr Wan Toren Wan Yusoff, Bumitra diwakili presidennya Harun KC Ammu, dan Matta oleh Timbalan Presiden Sheikh Awadh Abdullah.
Majlis itu turut disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohd Zamri Mat Zain.
Mohd Zamri ketika ditemui pemberita berkata kementerian itu menyasarkan pemakaian batik dalam kalangan jemaah umrah Malaysia bakal bermula seawal November atau Disember apabila tiba cuti persekolahan.
"Ini salah satu usaha agresif kementerian dengan persatuan pelancongan serta umrah untuk mengetengahkan identiti batik Malaysia di luar negara kerana pemakaiannya adalah manifestasi jati diri sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Perbadanan Kemajuan Kraftangan, Abdul Halim Ali berkata MoU itu akan membolehkan pengendali umrah atau pelancongan menyediakan pakej yang bersesuaian dengan pemakaian batik Malaysia untuk aktiviti lain selain mengerjakan ibadat umrah.
"Biasanya akan ada program outbound semasa mengerjakan umrah seperti aktiviti ziarah, jadi program seperti ini boleh digalakkan untuk pemakaian batik seperti telekung dan kemeja batik, jadi akan nampak 'team' warna korporat, bergantung kepada pakej yang disediakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia memeterai MoU dengan tiga agensi berkaitan pelancongan dan umrah bagi pembudayaan pemakaian batik khususnya bagi jemaah umrah Malaysia dalam usaha mempromosi produk tekstil batik ke luar negara. - Foto BERNAMA
Seorang maut, 25 cedera insiden tembakan di Ohio
Polis menerima beberapa panggilan lewat tengah malam yang melaporkan kejadian itu berlaku di Kelly Street dan 8th Avenue.
Penggiat industri teknologi perlu pergiat usaha pastikan graduan bersedia untuk AI
Penggiat industri teknologi perlu meningkatkan usaha bagi memastikan graduan bersedia untuk memenuhi lonjakan permintaan terhadap bakat kecerdasan buatan (AI).
423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Sebanyak 423 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM15.6 juta direkodkan di Johor sepanjang bulan lepas.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi telah mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji.
Daniel sedia galas tugas bek sayap bagi lebih sengat skuad Harimau Malaya
Daniel Ting bersedia untuk mengambil alih peranan lebih menyerang bagi mengimbangi ketiadaan beberapa pemain sayap pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan ini.
Sabah galak lebih ramai penduduk guna pembayaran tanpa tunai - Hajiji
Kerajaan Sabah menggalakkan lebih ramai penduduk Sabah menggunakan dan memanfaatkan pembayaran tanpa tunai bagi memudahkan cara pembayaran.
Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - Prabowo
Prabowo Subianto mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini
Golongan wanita yang merupakan tonggak sesebuah institusi kekeluargaan, adalah penting untuk dihargai dan disanjungi atas segala pengorbanan yang dilakukan mereka.
Pasareka 2023: Platform pereka seni kreatif kongsi idea, reka bentuk
Pasareka 2023 menggabungkan pereka dan penggiat seni kraf dalam satu acara dengan perkongsian idea dalam pembangunan produk kraf baharu.
Hargai seni dan kraf kita agar kekal menjadi warisan - Raja Permaisuri
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah agar rakyat negara ini mencontohi negara lain yang menjaga kesenian mereka.
Batik Malaysia: Jadilah jauhari yang mengenal manikam, elak ditipu terbeli tiruan
Pada sesi taklimat media bersama Kraftangan Malaysia tentang industri batik negara ini, ramai pengamal media termasuk penulis, gagal membezakan antara batik Malaysia dan batik cetak - batik yang dibaw
Kraftangan Malaysia promosi pemakaian batik bagi jemaah umrah
MOTAC menyasarkan pemakaian batik dalam kalangan jemaah umrah Malaysia bakal bermula seawal November atau Disember apabila tiba cuti persekolahan.
Hari Kraf Kebangsaan 2023: 'Ini Kraf Malaysia' bantu golongan B40 jana pendapatan
Selain pakaian batik dan tenunan, aksesori peribadi, beg serta kraf tangan berunsurkan rotan, makanan tradisional turut dijual kepada pengunjung.
Kraftangan Malaysia rancang pertunjukan fesyen di Dubai
Acara itu diharap meningkatkan kesedaran tentang tekstil Malaysia, hiasan dalaman dan produk gaya hidup di UAE serta wilayah Teluk.
Festival Kraf Borneo sasar 30,000 pengunjung, nilai jualan lebih RM400,000
Ini kali pertama FKB menemui pengunjung selepas penganjurannya edisi sebelumnya terpaksa dihentikan akibat pandemik COVID-19.
Jualan hasil kraftangan Sarawak mulai pulih
Akan tetapi, sasran jualan bagi produk kraftangan negeri itu dikurangkan kepada RM12 juta berbanding RM35 juta sebelum ini akibat PKP.
Kraftangan Malaysia tawar pelbagai produk untuk cenderamata TMM2020
Produk kraf Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) menawarkan pelbagai pilihan kepada agensi kerajaan, swasta, perhotelan dan pemain industri pelancongan untuk dijadikan cenderamata.
Prestasi Kraftangan Malaysia pada tahap amat memberangsangkan
Daripada jumlah RM370 juta, RM24.2 juta merupakan nilai jualan kraf bagi negeri Sarawak dan RM37.1 juta merupakan nilai jualan kraf bagi negeri Sabah.